Ketegangan Melanda Diri

Assalamualaikum semua pembaca blog saya. Hari ini saya tiada apa-apa aktiviti yang hendak dilakukan. Pagi tadi keluar bersama keluarga, makan di Kedai Bukit Lima. Lama tak singgah di situ. Pekena Mee sapi dan Mee goreng. Memang makanan di situ sedap-sedap belaka. Rasanya manis dan cukup rasa. Semuanya sebab mak saya yang teringin sangat makan disitu. Apalagi, kita cekik darah habis-habisan. Sementara waktu sekarang tengah pokai. Maklumlah kerja dah takde.

Berkenaan dengan Borneo Got Talent kita letak tepi dulu. Sebab esok kita ada temuduga di UTC Pekan Sibu. Sesiapa yang masih menggangur, belum mempunyai pekerjaan, bolehlah menyediakan resume dan bahan-bahan temuduga yang lain untuk mengisi kerja kosong. Jumpa di sana!

Nampak gambar ni? haa.. kita bagi satu soalan. Dimanakah admin AliffChannel di dalam gambar ini. Sila cari ye!

Bermacam-macam, Bergelimpangan, Stress Tapi Best

.

Bulan September dah nak habis dan bulan November bakal menjelma. Aku dah ambil cuti panjang sampai tak kerja-kerja lagi sebagai kerani. hahaha.. Aku terpaksa berhenti kerja sebagai kerani di Lembaga Perlabuhan Rajang. Perkara ini sangat membuatkan rasa sedih pada diri ini, namun kita harus tempuh segala dugaan yang bakal kita hadapi. Belajar dari kesilapan membuatkan aku lebih matang. Start bulan November, perancangan awal aku adalah.. ermm.. BORNEO GOT TALENT!!! Bulan November ini! YA! Pasti aku akan menyertai kemeriahan BORNEO GOT TALENT. Untuk mengisi masa lapang yang ada, dan ingin menajamkan lagi bakat yang aku ada, perkara ini menjadi peluang bagi aku untuk menampilkan bakat aku sebagai ermm… bakat ape ah? penari? penyanyi? Macam mana aku nak transformkan perasaan aku ini dalam tarian. ok jugak idea tu kan?

Sambil-sambil mencari lagu yang bakal di edit, aku sambil-sambil belajar coding HTML code, java scripts.. Pada mulanya aku tidak tahu menatang apakah itu? Tapi bila aku selidik-selidik di internet, wow! Macam ada something big will happen! di dalam fikiran. Ada perancangan yang besar aku nak buat bila dah tahu kelebihan ini.

Kita sambung cerita ini besok, sebab blog ni aku belum sempat untuk ubah suai lagi. Harap-harap ada rezeki Allah bagi di esok hari. Aminn..

Merenung masa depan

Bulan ni aku abis kontrak kerja sebagai pembantu tadbir di pelabuhan rajang sibu. Bertabahlah wahai hati. Setiap kesilapan yang aku buat banyak mengajar aku. Sedangkan aku dahulu bukannya arif sangat tentang undang-undang. Sekarang dah banyak tahu tentang undang-undang. 

Aku dari di bangku sekolah lagi memang macam ni. Memang keras kepala. Tidak pernah nak dengar kata orang. Sebab cara aku berfikir lain dari orang lain. Aku memandang dari banyak sudut. Kadang-kadang aku dapat memahami isi hati seseorang jika aku merapati seseorang itu. Menjiwai masalah orang, lepas tu memberi orang semangat adalah sikap aku yang neutral. Tapi diri sendiri kadang kala tidak sedar yang berada di zon yang bahaya.

Takpe, mungkin ini sudah ditakdirkan. Teruskan kehidupan dengan tenang dan yakin bahawa rezeki Allah ada dimana-mana. Walaupun aku mengetahui bahawa aku tidak akan mempunyai pekerjaan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, tapi hati aku sedikit pun tidak rasa sempit. Malah redha dengan apa yang berlaku. Aku rasa lebih tenang dan fresh! Tidak sabar untuk mengalami pengalaman pekerjaan yang baru. Tapi aku belum pasti kerja apa yang belum pernah aku buat. Sebab aku sebenarnya cepat bosan dengan kerja yang bila aku sudah “expert”. Memang aku ingin mencari sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti aku suka menimba ilmu pengetahuan. Lepas tu simpan dalam otak. Kalau orang cakap sesuatu yang aku tahu, yang best nya kita tahu bila seseorang itu menipu. Hahaha..

Okay.. itu saja yang aku ingin kongsikan sekarang. Mudah-mudahan aku dapat ilham kerja apa yang aku ingin jawat selepas ini… 

Bye!

Semangat Semangat pusshhhh semangat….

Macam macam ujian yang Allah berikan untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita kadang kala kita tidak sedar melakukannya. Tanpa kita sedari perbuatan atau perkataan yang keluar dari mulut kita boleh menyinggung perasaan orang walaupun sekadar gurauan. Oleh itu, kita kenalah sentiasa memohon ampun dan meminta kemaafan daripada sesiapa sahaja walaupun tidak membuat salah. 

Hari ini isteri ku mengalami demam “chiken pok”. Amatlah berat bagi isteri yang menanggung demam campak lebih-lebih lagi ketika mengandung anak ke-3 aku. Aku doakan isteriku dapat mengatasi segala kesulitan yang dia alami. Mungkin terkena jangkitan dengan anak saudara kita. Sebab sebelum ini, anak saudara yang terkena demam campak ni. Berbintik-bintik dah badan isteri aku.

Aku doakan supaya isteri aku cepat-cepatlah sembuh dari menanggung sakit itu. Dah lah alahan mengandung. Aduhai… macam-macam.  Hanya mampu bersabar.. Semalam dah hantar isteri pergi ke klinik, untuk dapatkan ubat untuk meredakan sikit-sikit sakit demam campak ni. Harap-harap 2 3 hari ini isteri bertambah sihat hendaknya.

Aku pula sakit mata. Kegatalan yang teramat sangat sampai nak menggaru biji mata nih. Arghh.. naik geram aku. Rasa nak cungkil2 je.  Apa-apa pun kena bersabar je lah…  pakai spek hitam lah! I’m cyclop. Buka cermin mata habis kau kena pancaran merah mata aku. Hahaha.. k bye.

Masalah mula timbul satu per satu…

Balik je dari terengganu, ada je cerita yang tidak menarik nak di dengari… pasal kerja.

Satu, password aku dah tak ingat.. hahaha.. terpaksa reset balik pergi tukar password baru.. biasa lah.. dah hampir sebulan bercuti, memang part kerja dah tak ingat. Okay, kita kena refresh balik semua. 

Azlan omar pulak memperkenalkan game baru dye ni… game cacing… hahaha.. mcm best tp addict main. Huh! Suka tengok azlan main game, kita kat belakang jadi tukang sorak je.. 

Atas meja aku ada buah kurma.. sape pulak letak buah kurma atas meja aku ni? Oh? Hafiz.. kerani baru masuk..

Fadli main kad terup dalam telefon.. waduh.. lan main ulat… aku? Semua game aku bedal.. haha.. 

Last sekali bila nak balik kerja, memang bos akan meluahkan perasaan terhadap kitaorang ni. Kita kan pendengar yang baik.. k, aku nak tido.. sempat aku jumpa Aliff ambik selipar kalis air aku. Huhu.. nite.

Kita dah nak balik… 

Esok hari kita dah nak balik sibu… tapi sebelum itu, saya nak share beberapa perkara menarik malam ini… Kita makan di sini. 

Makan kat sini kalau pulang memang sah perut kenyang. Nasi goreng dia bukan main banyak sekali dia bagi. Kaw.. kaw.. huhu.

Aku surrender awal… sb i’m full yo!! 

Gi main!

Kita dah santai2 dengan angin kelajuan 100km/j. Nak main layang2 sampai sendiri pun nak melayang. 

Orang pro main lelayang. Memang hebat dengan kendalian yang sangat unik sampai jatuh berbelit bawah pokok.

Kita cari tempat yang luas sikit supaya tiada halangan untuk lelayang berpusing2. Kekekeke…

Layang2 pun dilepaskan… dengan redho nya… 


Malas nak bercerita boyok lagi dah.. korang tengok la sendiri. 

Lagi perjalanan ke Mesgid Terapung idun2…

Mencoba skill photography di Masjid Terapung. Huh… ada macam pro photographer tak? Hehe..

Nur Aisyah jadi model kita. Hehe.

Pemandangan disini memang indah-indah… Tenang fikiran datang sini. Xde fikir apa2 dah. Yang penting, rileks.. huhu.

MACAM ORANG ISAP GAM PULAK. HAHAHA..  Makang keropok lekor sebelah tangan selfie… mmg pro lah tu kan? Haha.

Lagi gambar2…

Dak nye…