Merenung masa depan

Bulan ni aku abis kontrak kerja sebagai pembantu tadbir di pelabuhan rajang sibu. Bertabahlah wahai hati. Setiap kesilapan yang aku buat banyak mengajar aku. Sedangkan aku dahulu bukannya arif sangat tentang undang-undang. Sekarang dah banyak tahu tentang undang-undang. 

Aku dari di bangku sekolah lagi memang macam ni. Memang keras kepala. Tidak pernah nak dengar kata orang. Sebab cara aku berfikir lain dari orang lain. Aku memandang dari banyak sudut. Kadang-kadang aku dapat memahami isi hati seseorang jika aku merapati seseorang itu. Menjiwai masalah orang, lepas tu memberi orang semangat adalah sikap aku yang neutral. Tapi diri sendiri kadang kala tidak sedar yang berada di zon yang bahaya.

Takpe, mungkin ini sudah ditakdirkan. Teruskan kehidupan dengan tenang dan yakin bahawa rezeki Allah ada dimana-mana. Walaupun aku mengetahui bahawa aku tidak akan mempunyai pekerjaan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, tapi hati aku sedikit pun tidak rasa sempit. Malah redha dengan apa yang berlaku. Aku rasa lebih tenang dan fresh! Tidak sabar untuk mengalami pengalaman pekerjaan yang baru. Tapi aku belum pasti kerja apa yang belum pernah aku buat. Sebab aku sebenarnya cepat bosan dengan kerja yang bila aku sudah “expert”. Memang aku ingin mencari sesuatu yang baru dan lebih menarik. Seperti aku suka menimba ilmu pengetahuan. Lepas tu simpan dalam otak. Kalau orang cakap sesuatu yang aku tahu, yang best nya kita tahu bila seseorang itu menipu. Hahaha..

Okay.. itu saja yang aku ingin kongsikan sekarang. Mudah-mudahan aku dapat ilham kerja apa yang aku ingin jawat selepas ini… 

Bye!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s