Semangat Semangat pusshhhh semangat….

Macam macam ujian yang Allah berikan untuk menghapuskan segala dosa-dosa kita kadang kala kita tidak sedar melakukannya. Tanpa kita sedari perbuatan atau perkataan yang keluar dari mulut kita boleh menyinggung perasaan orang walaupun sekadar gurauan. Oleh itu, kita kenalah sentiasa memohon ampun dan meminta kemaafan daripada sesiapa sahaja walaupun tidak membuat salah. 

Hari ini isteri ku mengalami demam “chiken pok”. Amatlah berat bagi isteri yang menanggung demam campak lebih-lebih lagi ketika mengandung anak ke-3 aku. Aku doakan isteriku dapat mengatasi segala kesulitan yang dia alami. Mungkin terkena jangkitan dengan anak saudara kita. Sebab sebelum ini, anak saudara yang terkena demam campak ni. Berbintik-bintik dah badan isteri aku.

Aku doakan supaya isteri aku cepat-cepatlah sembuh dari menanggung sakit itu. Dah lah alahan mengandung. Aduhai… macam-macam.  Hanya mampu bersabar.. Semalam dah hantar isteri pergi ke klinik, untuk dapatkan ubat untuk meredakan sikit-sikit sakit demam campak ni. Harap-harap 2 3 hari ini isteri bertambah sihat hendaknya.

Aku pula sakit mata. Kegatalan yang teramat sangat sampai nak menggaru biji mata nih. Arghh.. naik geram aku. Rasa nak cungkil2 je.  Apa-apa pun kena bersabar je lah…  pakai spek hitam lah! I’m cyclop. Buka cermin mata habis kau kena pancaran merah mata aku. Hahaha.. k bye.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s